Audio playback
Jalan Selamat: Taat, Taqwa, dan Ujian Dunia
Chapter 1
Taat dan Syukur: Menjaga Amanah Allah
Azim
Assalamualaikum sahabat-sahabat, rakan-rakan yang dikasihi Allah. Moga-moga korang semua sentiasa dalam peliharaan Allah, sentiasa taat pada perintah-Nya, dan berwaspada dengan larangan-larangan Allah. Kadang-kadang, kita ni, hidup makin rencam, makin banyak benda nak kena fikir, kan? Tapi, dalam sibuk-sibuk tu, jangan lupa, Allah tu pemilik segala-galanya. Dia yang cipta kita, Dia yang bagi kita segala nikmat—mata, tangan, kaki, rezeki, semua. Tanpa Dia, kita ni nothing, lemah sangat. Ada orang ada mata, tapi tak boleh tengok. Ada tangan, tapi strok, tak boleh angkat. Jadi, syukur tu bukan sekadar cakap “alhamdulillah” je, tapi syukur sebenar tu, taat. Taat ni, bukan main-main. Bila kita taat, barulah syukur tu betul-betul hidup dalam hati. Saya selalu pesan kat adik-adik remaja, syukur tu bukan sekadar ucapan, tapi kena tunjuk dengan amalan. Contoh, kalau Allah bagi kita sihat, gunakan kesihatan tu untuk buat kebaikan, bukan sekadar enjoy. Kadang-kadang, saya pun pernah lalai, rasa cukup dah cakap syukur, tapi bila fikir balik, eh, amalan aku ni betul-betul tanda syukur ke? Atau sekadar cakap je? Syukur yang sebenar, bila kita taat, kita jaga amanah Allah, barulah hidup kita ni selamat.
Azim
Saya teringat satu masa, masa tu saya tanyakan sekumpulan remaja, saya tanya, “Korang rasa syukur tu apa?” Ramai jawab, “Ucap alhamdulillah, ustaz.” Tapi bila saya tanya, “Solat subuh tadi bangun tak?” Ada yang senyap. Haa, nampak tak? Syukur tu bukan sekadar mulut, tapi mesti tunjuk dengan perbuatan. Perbuatan macamana? Kalau betul syukur, kita akan taat, kita akan jaga amanah Allah. Buat apa yang Dia suruh, dan tinggalkan apa yang Dia larang.
Chapter 2
Taqwa: Kunci Keselamatan yang Sering Dilupakan
Azim
Bila kita dah faham syukur tu taat, barulah kita boleh faham apa itu taqwa. Taqwa ni, saya suka cakap, dia macam tiket ke syurga. Tapi, ramai orang lupa pasal taqwa sebab sibuk dengan dunia. Atau mereka tak pernah tahu taqwa tu benda macam mana. Saya pun kadang-kadang, bila sibuk sangat, boleh terlepas pandang. Taqwa ni, bukan sekadar takut pada Allah, tapi buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Ok sesi saya nak share antara benda penting yang kita kena fokus dan ambil berat. Dalam Surah Al-’araf ayat 182, Allah cerita pasal orang yang mendustakan ayat-ayat Allah. Bukan orang kafir je, orang Islam pun kadang-kadang, mulut cakap beriman, tapi perbuatan tak sama. Contoh, kita tahu solat tu wajib, tapi solat pun kadang-kadang laju je, tak khusyuk, fikiran melayang ke tempat lain. Atau, Allah suruh jaga kebersihan, tapi kita buang sampah merata-rata. Itu pun dah kira mendustakan ayat Allah, walaupun kita rasa benda tu kecil. Allah dan nabi suruh tutup aurat,tapi kita relax and steady sahaja. Seolah tak rasa apa-apa bila tak buat apa yang Allah suruh. Allah tu siapa? Kawan? Atau kita boleh kata, takpelah itukan hak masing-masing. Allah tu pemilik diri kita, apa hak kita untuk tidak ikut apa yang Dia suruh.Kita tidak ada pilihan melainkan mengikut sahaja. Apa kita rasa kalau orang gaji kita malas dan taknak dengar cakap kita? Mesti marah kan? Akhir bulan potong gaji atau tak dapat bonus.
Azim
Saya selalu tanya diri sendiri, “Aku ni betul-betul taqwa ke, atau sekadar ikut-ikut je?” Kadang-kadang, kita rasa hidup sentiasa ok, sentiasa smooth orang kata. Gaji masuk, kereta elok, bisnes jalan, projek masyuk je, tapi sebenarnya, Allah tengah tarik kita perlahan-lahan dari jalan lurus tanpa kita sedar. Haa, ni yang bahaya. Allah boleh bagi kemewahan, tapi dalam masa yang sama, hati kita makin jauh dari Dia. Jadi kena dengar peringatan dari Allah ni. Kalau tak nak dengar, kita akan makin jauh. Makin jauh tu tandanya Allah divert kita dari jalan lurus. Bahaya tak? Mestilah bahaya.So.Macam mana nak pupuk taqwa dalam dunia yang penuh godaan ni? Saya rasa, kena selalu ingatkan diri, check amalan, dan jangan malu untuk saling nasihat-menasihti. Kalau kita sayang kawan, kita akan tegur. Kalau kita sayang diri, kita akan jaga taqwa.
Azim
Kadang-kadang, orang cakap, “Ala, sikit-sikit nasihat, sikit-sikit tazkirah.” Tapi sebenarnya, peringatan tu penting. Kalau kita tak suka dengar nasihat, itu tanda hati kita sakit. Taqwa ni, kena selalu dipupuk, sebab dunia ni memang penuh dengan benda yang boleh buat kita lupa. Kalau peringatan dari Allah pun kita tak nak dengar, beritahu saya,kitab dan peringatan dari mana lagi kita nak dengar? Yang beri nasihat ni bukan saya,bukan kawan baik kita, tapi Allah Pencipta kita.
Chapter 3
Peringatan Allah dan Muhasabah Diri
Azim
Ok, bila kita cakap pasal peringatan, saya nak bawa satu ayat dari Surah Al-An’am ayat 44. Ayat ni terkait dengan ayat sebelum ni. Allah kata, bila manusia lupa dan taknak ambil peringatan Allah, Allah bukakan pintu-pintu kemewahan dan kesenangan. Sampai satu tahap, manusia tu seronok sangat dengan nikmat, tiba-tiba Allah timpakan bencana secara mengejut. Masa tu, dah tak sempat nak prepare, tak sempat nak bertaubat. Bayangkan, ada seorang ni, hidup dia memang enjoy, rezeki melimpah, semua nampak perfect. Tapi satu hari, masa tengah seronok, tiba-tiba diuji dengan musibah besar. Masa tu baru dia sedar, selama ni dia jauh dari Allah, amal pun dah lama tinggal.Lebih malang,kalau musibah tu menyebabkan dia meninggal macam mana?
Azim
Sedar-sedar dah ada dalam kubur. Bila dibangkitkan di padang mahsyar nanti, mereka akan berputus asa. Sebab apa putus asa? Sebab masa tu mereka ni dah nampak dan yaqin,rupanya betul-betul ada hari kiamat.Hari yang semua amalan baik buruk di timbang.Dan mereka sedar,mereka takada banyak.Jadi mereka sangat takut. Takut sebab apa?Takutlah sebab dah tahu akhirnya nanti mereka akan di tempatkan kat mana.Tempat tu Allah kata,dengar bunyi api pun dah takut…apatah lagi kalau duk kat dalam tu.Sebab itulah orang-orang ni,iaitu orang yang taknak dengar peringatan dari Al-Quran ni, mereka nak minta tolong sana-sini, takde orang akan tolong, Allah sendiri pun takkan bantu dan tolong mereka. Nabi pun tak beri syafaat sebab apa? Sebab masa hidup taknak ikut dan buat apa yang nabi ajar.
Azim
Sebab tu, penting sangat untuk kita selalu muhasabah diri. Jangan normalisasikan dosa, jangan rasa benda tu biasa je. Kadang-kadang, kita tengok orang buat salah, kita pun ikut, sebab dah jadi kebiasaan. Tapi sebenarnya, itu musibah besar. Hati kita akan jadi gelap kalau selalu buat dosa tanpa rasa bersalah. Kena selalu ingat, hidup ni ujian. Senang ke, susah ke, semua tu ujian. Untung orang yang sedar, sebab dia boleh kembali pada Allah sebelum terlambat.
Azim
Jadi, sahabat-sahabat, saya harap perkongsian hari ni dapat buat kita semua reflect balik perjalanan hidup kita. Jangan lupa, kebaikan ni kongsi juga dengan rakan-rakan, sampaikan walaupun satu ayat. Mudah-mudahan, hati kita terus hidup dengan peringatan Allah, dan amal kita makin baik dari hari ke hari. Sampai sini dulu, insyaAllah kita jumpa lagi dalam episod akan datang. Assalamualaikum!
