Audio playback
Rezeki Tersekat dan Jalan Keluarnya
Chapter 1
Dosa dan Sempitnya Rezeki
Azim
Assalamualaikum semua pendengar Renung Diri, terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk episod kali ni. Hari ni kita nak sembang pasal satu topik yang, saya rasa, memang ramai orang pernah rasa – rezeki tersekat, hidup rasa sempit, macam-macam usaha dah buat tapi tetap rasa tak cukup. Pernah tak?
Azim
Saya sendiri, kadang-kadang pun rasa macam tu. Tapi, bila kita renung balik, sebenarnya Al-Quran dan sunnah Nabi dah lama bagi jawapan kenapa benda ni boleh jadi.
Azim
Dalam satu hadis sahih, Nabi SAW sebut, “Sesungguhnya seorang hamba benar-benar terhalang rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” Maksudnya, dosa ni bukan setakat beri kesan kat akhirat, tapi kat dunia pun dia boleh sekat nikmat yang kita tengah usahakan. Kadang-kadang kita tak sedar pun, dosa-dosa ni yang jadi penghalang utama. Contohnya, memutuskan silaturrahim – bergaduh dengan adik-beradik, tak bercakap dengan mak ayah, atau kawan-kawan. Ataupun tinggal solat, makan harta haram, zalim dengan orang lain, sombong. Semua ni, bukan je Allah murka, tapi rezeki pun jadi sempit. Rezeki terhalang. Kalau dapat pun tak lebih.
Azim
Ada seorang ni, dia ni selalu mengadu hidup dia rasa tak tenang, bukan asnaf. Dia orang biasa, ada kerja macam orang lain. duit ada tapi asyik rasa tak cukup, anak-anak pun asyik sakit. Lepas dia muhasabah diri, rupanya dia ada berselisih dengan keluarga sendiri, dah lama tak bertegur. Kadang benda tu hal kecil je. Bila dia mula perbaiki hubungan tu, minta maaf, jaga silaturrahim, barulah dia rasa tenang dan rezeki pun makin lapang. Kadang-kadang, kita ni terlalu fokus nak tambah pendapatan, tapi lupa nak bersihkan hati dan hubungan dengan orang sekeliling. Apa guna ada pendapatan lebih tapi hati sentiasa resah kan?
Azim
Kalau kita tengok balik episod lepas, kita dah sembang pasal tadabbur Surah al-Dhuha, macam mana ayat-ayat Quran boleh tenangkan hati. Hari ni, kita sambung sikit – bila hati kita bersih, hubungan dengan Allah dan manusia terjaga, insyaAllah rezeki pun Allah mudahkan. Tapi kalau dosa masih menebal, memang susah nak rasa cukup dan tenang. Bila buat dosa, satu titik hitam akan lekat kat hati. Lama-lama gelaplah hati. Tapi kita sedar tak hati kita cerah mana? Tak kan?
Chapter 2
Istighfar, Taubat, dan Keberkatan dari Langit
Azim
Okey, bila dah tahu dosa tu punca rezeki tersekat, dan penyebab hati gelap, so apa jalan keluarnya? Jawapannya, istighfar dan taubat. Dalam Surah Nuh ayat 10, Allah rakamkan nasihat Nabi Nuh kepada kaumnya – “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan lebat, membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun serta sungai-sungai.” Nampak tak, istighfar ni bukan sekadar cuci dosa, tapi dia buka pintu rezeki, turunkan keberkatan dari langit. Maksudnya apa? Hujan di langit tertahan,jadi kemarau sebab dosa. Kahwin lama tak dapat anak, mungkin juga disebabkan dosa-dosa lampau,kebun tak subur atau tak menjadi, mungkin sebab kesalahan diri kita juga. Jadi mohon maaf kepada Allah, moga Allah akan angkat hijab tu.
Azim
Dalam Surah al-A’raf pun Allah janji, “Jika sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi.” Jadi, bukan usaha fizikal je penting, tapi usaha batin rohani – istighfar, taubat, jaga hati. Kadang-kadang kita ni, sibuk sangat kerja siang malam, tapi lupa nak minta ampun, lupa nak bersihkan hati. nabi paling kurang minta ampun 70 kali satu hari. Nabi yang maksum tu, kita tak maksum jarang istighfar kan?
Azim
Saya suka satu nasihat Imam Hasan al-Basri, dia kata, “Beristighfarlah kamu pagi dan petang, nescaya Allah akan limpahkan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.” Kadang-kadang rezeki tu bukan duit, tapi ketenangan, kesihatan, anak yang soleh, pasangan yang memahami. Buang kefahaman yang duit tu rezeki.
Azim
Ada satu kisah zaman Nabi, penduduk Madinah dilanda kemarau, tanaman semua kering. Mereka pun berkumpul, beristighfar sama-sama, minta ampun pada Allah. Tak lama lepas tu, hujan turun lebat, tanaman subur balik, rezeki melimpah. Saya sendiri, kadang-kadang bila rasa sempit, saya cuba amalkan istighfar – “Astaghfirullahalazim” – ulang-ulang, dan memang rasa lapang sikit demi sikit.Mungkin ada benda yang kita terkhilaf tanpa kita sedar. Ada dosa kita buat, mungkin tengok orang tak tutup aurat dalam medsos,mungkin ade riak, skroll medsos lama quran pun lupa,zikir pagi petang tak buat,ada nak perli orang,mungkin cakap bohong. Macam-macamlah kita ni..
Azim
Jadi, jangan pandang ringan istighfar. Kadang-kadang kita tak sedar pun dosa yang kita buat, tapi istighfar tu boleh jadi pembersih hati dan pembuka pintu rezeki.
Chapter 3
Ujian Hidup, Syukur, dan Tawakal
Azim
Sekarang ni, ramai yang diuji dengan ekonomi, harga barang naik, gaji tak cukup, macam-macam. Tapi, macam yang Allah sebut dalam Surah Al-Insyirah, “Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” Setiap ujian, ada hikmah. Kadang-kadang Allah nak ajar kita erti syukur, sabar, dan tawakal.
Azim
Ramai orang fikir, kalau kerja kuat, mesti hidup berubah. Tapi, kalau hati tak bersyukur, tak tawakal, tetap rasa sempit. Dalam Surah Ibrahim, Allah janji, “Jika kamu bersyukur, Aku akan tambah nikmat. Tapi kalau kufur, azabKu sangat pedih.” Syukur ni bukan sekadar cakap “Alhamdulillah”, tapi betul-betul rasa cukup dan redha dengan apa yang Allah bagi. Sifat qanaah, atau sifat rasa cukup dengan rezeki yang Allah beri tu kena latih biar ada dalam diri.
Azim
Saya sendiri pernah lalui fasa rezeki sempit, masa tu memang rasa tertekan, macam-macam usaha dah buat. Pernah hujung bulan ada 10 ringgit je. Tertekan juga. Bukan sekali, tetapi beberapa kali. Tapi bila kita mula konsisten solat lima waktu berjemaah, jaga amal-amal sunat, jaga syukur, dan kurangkan mengeluh, perlahan-lahan Allah mudahkan jalan. Kadang-kadang, kita ni terlalu kejar dunia, sampai lupa nak jaga hubungan dengan Allah.
Azim
Tawakal ni, macam yang Allah sebut dalam Surah At-Talaq, “Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan cukupkan keperluannya.” Yakinlah. Kan kita orang beriman kepada kitab. Usaha tu wajib, tapi jangan lupa letak sepenuhnya pergantungan pada Allah. Kalau kita faham konsep ni, insyaAllah hati jadi tenang walaupun diuji. Jika kita rasa duit menyenangkan kita, bila duit ada kita senang,bila duit tak ada,kita susah. Tapi jika tempat berpaut kita pada Allah, ketahuilah Dia sentiasa ada.
Azim
Okey, saya rasa cukup dulu untuk episod kali ni. Banyak lagi sebenarnya nak dikongsi, tapi kita simpan untuk episod akan datang. Jangan lupa sekali lagi,ubah minda kita, rezeki bukan sekadar duit – kadang-kadang Allah bagi dalam bentuk ketenangan, kesihatan, keluarga yang bahagia, urusan harian mudah. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia, insyaAllah rezeki akan datang dari arah yang tak disangka-sangka. Sampai jumpa lagi. Jangan lupa like,share dan sebarkan kebaikan ni. Assalamualaikum!
