Audio playback
Disiplin Dunia, Disiplin Ibadah
Chapter 1
Prioriti di Tengah Sibuk
Azim
Assalamualaikum semua, selamat datang ke episod baru Renung Diri. Hari ni, saya nak bawa satu kisah yang selalu saya fikir-fikirkan, terutamanya bila tengok orang yang sibuk bekerja, tapi tetap jaga solat berjemaah. Saya selalu jumpa seorang dato’ kat kampung saya, memang dia seorang usahawan berjaya. Tapi tak tahulah bisnes apa.Nampak sibuk bukan main, tapi setiap waktu solat mesti nampak dia di masjid. Kadang-kadang datang naik Vellfire, esoknya tukar Audi, lepas tu BMW pulak. Tapi yang konsisten, dia tetap berjemaah. Saya selalu tertanya, apa sebenarnya yang buat dia boleh istiqamah macam tu, sedangkan ramai antara kita, bila sibuk sikit je. Nak kata ada bisnes tak juga, tapi tak datang kat masjid surau.solat berjemaah terus jadi pilihan kedua, atau kadang-kadang tak sempat langsung. Kat masjid tak ramai orang muda, yang ramai pakcik makcik yang dah tua-tua. Kenapa ya orang muda sihat gagah tak dapat pergi masjid?
Azim
Kalau kita fikir balik, apa alasan utama orang abaikan solat berjemaah? Ramai kata sibuk, kerja tak habis, meeting bertindih, anak-anak nak urus, macam-macam. Tapi peliknya, bila ada urusan dunia, kita boleh pulak adjust masa, boleh datang awal, boleh tunggu lama. Tapi bila bab solat berjemaah, cepat je kita bagi alasan. Saya tak cakap ni untuk orang lain je, saya sendiri pun kadang-kadang terperangkap dengan alasan-alasan tu. Tapi bila tengok contoh macam dato’ tadi, saya rasa malu sendiri. Dia lebih sibuk dari saya, tapi tetap utamakan solat berjemaah.
Azim
Sebenarnya, kalau kita betul-betul nak, kita akan cari jalan. Kalau tak nak, kita akan cari alasan. Saya pernah dengar tazkirah, katanya, “Dalam hidup dunia, kerja boleh tepat dan jaga disiplin, tapi dengan Allah, lebih kurang je.” Kena tanya diri sendiri, kenapa kita boleh jaga disiplin untuk dunia, tapi untuk akhirat kita sambil lewa?
Chapter 2
Disiplin Kerja vs Disiplin Ibadah
Azim
Saya teringat masa zaman belajar kat universiti dulu. Kelas pukul 8 pagi, semua pakat-pakat bangun awal, takut lambat, takut kena marah pensyarah. Mesyuarat, temu janji, semua boleh datang tepat waktu. Tapi bila bab solat berjemaah, ramai yang solat sendiri-sendiri, kadang-kadang lepas waktu. Bila nak exam, baru la pakat-pakat solat hajat, minta dengan Tuhan supaya lulus. Tapi usaha untuk lulus akhirat, kadang-kadang ala kadar je.
Azim
Saya tak kata kita tak boleh usaha untuk dunia, tapi kenapa disiplin yang sama tak kita bawa dalam ibadah? Kalau boleh jaga masa untuk meeting, kenapa tak boleh jaga masa untuk solat berjemaah? Saya sendiri pernah rasa, bila kita letak disiplin dunia lebih tinggi dari disiplin ibadah, hati jadi tak tenang. Macam ada benda tak kena.
Azim
Dalam episod sebelum ni, kita pernah bincang pasal istiqamah dalam amal soleh, kan? Ketenangan tu datang bila kita seimbangkan usaha dunia dan akhirat. Kalau kita boleh konsisten dalam kerja, kenapa tak boleh konsisten dalam ibadah? Kadang-kadang, kita lupa, kejayaan sebenar bukan setakat lulus exam atau naik pangkat, tapi lulus ujian akhirat.
Chapter 3
Ke Mana Arah Tujuan Hidup?
Azim
Jadi, ke mana sebenarnya arah tujuan hidup kita? Kalau tanya diri sendiri, adakah kita betul-betul letak Allah sebagai prioriti, atau sekadar ikut-ikut je? Saya pernah jumpa seorang kawan, dulu dia solat pun kadang-kadang je berjemaah. Tapi lepas dia mula jaga solat berjemaah, saya nampak perubahan besar dalam hidup dia. Dia jadi lebih tenang, lebih teratur, dan rezeki pun makin murah.
Azim
Konsistensi dalam ibadah ni sebenarnya cerminan komitmen kita pada Allah. Kalau kita boleh konsisten dalam kerja, kenapa tak boleh dalam ibadah? Saya tahu, bukan senang nak ubah tabiat, tapi kalau kita mula dengan satu langkah kecil, lama-lama jadi biasa. Macam yang kita bincang dalam episod lepas, perubahan besar bermula dengan usaha kecil yang berterusan.
Azim
Saya harap episod kali ni dapat buat kita semua fikir balik, ke mana sebenarnya kita nak bawa hidup ni. Dunia ni sementara je, tapi apa yang kita bawa ke akhirat tu yang kekal. InsyaAllah, kita jumpa lagi dalam episod akan datang. Jaga solat, jaga hati, dan teruskan usaha jadi insan yang lebih baik. Assalamualaikum dan selamat malam, terima kasih kepada semua yang mendengar! Jangan lupa like, share dan komen sepatah dua!
