Renung Diri

Religion & SpiritualityHealth & Fitness

Listen

All Episodes

Audio playback

Tenang Di Tengah Ujian

Ramai orang hari ini terperangkap dalam stres dan kekosongan jiwa, terutama berkait soal rezeki dan tujuan hidup. Episod ini membincangkan bagaimana Al-Quran menawarkan ketenangan, kefahaman tentang rezeki dan panduan menghadapi ujian hidup. Azim berkongsi kisah dan ayat-ayat yang menyentuh hati untuk membantu pendengar mencari makna dan keseimbangan sebenar.

Chapter 1

Stres Kejar Rezeki, Lupa Tujuan Hidup

Azim

Assalamualaikum semua, selamat datang ke episod kedua Renung Diri. Aku Azim, macam biasa, kita nak sembang santai tapi dalam masa yang sama, kita cuba gali makna hidup ni, kan? Kalau korang pernah dengar episod lepas, kita dah sembang pasal taat, taqwa, dan macam mana ujian dunia ni boleh buat kita lalai. Hari ni, aku nak bawa korang ke satu topik yang aku rasa... ramai sangat struggle – stres kejar rezeki, sampai lupa tujuan hidup.

Azim

Aku sendiri pernah rasa benda ni. Dulu, aku pun jenis yang risau sangat pasal masa depan. Fikir, “cukup ke duit bulan ni, macam mana nak bayar itu ini, harga barang makin naik, kerja pun makin banyak.” Pernah hujung bulan tinggal 10 ringgit je, isteri minta beli susu anak . Kadang-kadang, balik rumah badan penat, otak pun serabut, anak-anak dan isteri pun jadi mangsa sebab kita cepat baran. Tapi pelik, walaupun kerja lebih masa, buat extra job, jiwa tetap rasa kosong. Macam ada lubang yang tak boleh diisi dengan duit.Hidup tu berputar berulang macam tu je.

Azim

Satu hari tu, aku duduk sorang-sorang, aku teringat satu ayat dalam surah Az-Zariyat ayat 56 – Allah kata, “Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepadaKu.” Masa tu aku terfikir, eh, kenapa kita ni risau sangat pasal rezeki, sedangkan Allah dah janji rezeki tu dah ditetapkan? Usaha sahaja macam biasa nanti Allah akan beri ikut apa yang dah Dia tentukan. Kita ni, kadang-kadang usaha lebih dalam benda yang dah dijamin, tapi ada benda yang tak dijamin – pengakhiran kita,lepas ni kita akan kemana? syurga neraka – yang part ni kita buat sambil lewa je. Pelik kan? ke korang tak rasa macam aku rasa.

Azim

Aku tak cakap jangan usaha, bukan. Tapi bila kita letak semua beban atas bahu sendiri, kita lupa Allah yang pegang semua. Sebenarnya, bila kita faham tujuan hidup, kita akan rasa lebih tenang. Bukan sebab duit bertambah, tapi sebab hati dah tahu arah. Aku tahu, kadang-kadang kita rasa macam, “Ala, cakap senanglah, cuba kau duduk tempat aku.” Tapi percayalah, bila kita mula tadabbur ayat-ayat Allah, hati tu perlahan-lahan jadi lapang.

Chapter 2

Kunci Ketenangan: Hubungan Dengan Allah

Azim

Okay, bila kita dah sedar tujuan hidup, soalan seterusnya – macam mana nak dapat ketenangan tu? Ramai orang, bila stres, dia cari macam-macam cara – ada yang layan drama, ada yang keluar lepak, ada yang shopping. Tapi, Al-Quran ajar, kunci ketenangan sebenar adalah hubungan dengan Allah. Doa, solat, zikir – benda ni nampak simple, tapi sebenarnya power gila.

Azim

Dalam surah At-Talaq ayat 2, Allah janji, “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, Allah akan jadikan baginya jalan keluar.” Kadang-kadang, jalan keluar tu datang dari arah yang kita tak sangka langsung. Aku pernah jumpa satu remaja, dia dulu selalu rasa lost, hidup tak tentu arah, solat pun kadang-kadang tinggal. Tapi lepas dia mula jaga solat, konsisten istighfar, slowly hidup dia berubah. Dia cakap, “Ustaz, saya tak tahu kenapa, tapi hati saya rasa lebih tenang walaupun masalah masih ada.”

Azim

Satu lagi, dalam surah Taha ayat 124, Allah sebut, “Sesiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka baginya kehidupan yang sempit.” Kadang-kadang, kita rasa sempit, gelisah, sebab kita jauh dari Allah. Aku sendiri pernah rasa, buat semua benda serba tak kena.Cuba macam-macam bisnes. bila tinggal atau lewat solat, hati jadi tak tenteram, mudah marah, semua benda rasa tak kena. Tapi bila kita mula rapat balik dengan Allah, walaupun masalah tak hilang, hati jadi kuat. Yelah kau kerja kuat nak cari rezeki, bila tuhan panggil mengadap dia kau buat tak tahu,tapi rezeki kau minta dengan dia.Apa ke tak malu macam tu punya perangai. Tapi itulah,ramai tak sedarkan?

Azim

Aku tahu, bukan senang nak istiqamah. Kadang-kadang, kita jatuh balik lepas dah ok. Tapi jangan give up. Setiap kali jatuh, bangun balik. Solat, zikir, istighfar – benda ni macam recharge bateri jiwa. Itu normal la, buat silap dan bertaubat. Allah suka. Yang Allah tak suka, kau buat silap,pastu kau tak sedar kau silap. Malah makin banyak pulak buat dosa. Bertaubat jauh. Macam Nabi kata, solat tu macam sungai yang kita mandi lima kali sehari, bersih dari kotoran. Hati pun jadi bersih, insyaAllah.

Chapter 3

Usaha, Disiplin & Amal Berterusan

Azim

Sekarang, bila kita dah tahu kunci ketenangan tu hubungan dengan Allah, persoalan seterusnya – macam mana nak seimbangkan usaha dunia dan akhirat? Aku selalu dengar orang cakap, “Kena kerja keras, baru boleh berjaya.” Betul, tapi jangan lupa, kejayaan sebenar tu Allah yang bagi. Dalam surah An-Nahl ayat 97, Allah kata, “Barang siapa buat kebaikan, samada dia lelaki atau perempuan, dalam keadaan dia beriman,iaitu dia yaqin dan percaya yang Allah akan balas semua amal soleh yang dia buat, Kami akan beri kehidupan yang baik.”

Azim

Bukankah hidup yang baik tu, semua orang nak kan. Tapi kadang-kadang, kita sangka hidup baik tu mesti kaya, mesti senang. Sebenarnya, hidup baik tu bila hati tenang, amal soleh istiqamah, walaupun duit tak banyak. Aku sendiri struggle nak disiplin buat amal baik – solat awal waktu, sedekah, dengar tazkirah, semua tu. Tapi kita perasan, bila kita paksa diri buat, lama-lama jadi habit. Solat tu dulu rasa macam bebanan, sekarang jadi ringan. Siapa buat kita rasa ringan tu, Allah. Siapa buat kita rasa berat dan terbeban dengan amal ibadah? Allah juga, tapi sebab Dia tahu kita memang taknak! Jadi bila kita sendiri pilih taknak, Allah pun taknak dengan kita. Seram tak?

Azim

Cabaran dia, dalam dunia moden ni, distraction banyak. Phone, media sosial, kerja, semua tarik perhatian. Kadang-kadang, aku pun terleka. Sekarang alhamdulillah, dah uninstall apps facebook dan instagram. Tapi aku cuba ingatkan diri, “Azim, dunia ni sementara je, akhirat tu kekal.” Kalau kita boleh usaha keras untuk dunia, kenapa tak boleh usaha lebih untuk akhirat? Apa ke pelik dan cerdik kita usaha keras untuk benda yang sementara? Kerja punya kerja,pencen lepas tu sempat duduk rumah idaman 2 tahun je,pastu sakit dan meninggal!

Azim

Jadi, aku nak ajak korang – sama-sama kita bina tabiat amal baik. Tak perlu terus jadi perfect, mula sikit-sikit. Solat awal waktu, yang lelaki berjemaah kat masjid, tambah sunat sikit, sedekah walau seringgit, dengar satu tazkirah sehari, dengar tadabbur al-quran,cuba faham makna alquran, kalau tak reti jangan malu,bukak youtube belajarlah. Bukan untuk orang lain,tapi untuk masa depan kita kat sana. Lama-lama, insyaAllah, hati jadi kuat, hidup jadi lebih bermakna.

Azim

Okay, aku rasa cukup dulu untuk episod kali ni. Kalau korang rasa buntu, stres, atau hilang arah, ingat – Allah sentiasa ada. Ada bila kau nak Dia.Ada juga yang dia sendiri taknak Allah, so dia pergi cari benda lain. Jangan macam tu guys. Ketenangan tu, Allah yang bagi. Minta dengan Dia. Part kita usaha, kita doa, kita baiki hubungan dengan Allah, insyaAllah, jalan keluar tu akan datang, bila ada taqwa. Jumpa lagi dalam episod seterusnya, kita sambung lagi sembang pasal hati dan hidup. Jaga diri, assalamualaikum!