Renung Diri

Religion & SpiritualityHealth & Fitness

Listen

All Episodes

Audio playback

Cahaya Dhuha Untuk Jiwa

Mengupas bagaimana tadabbur al-Quran, khususnya Surah al-Dhuha, menawarkan ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi tekanan jiwa. Episod ini membincangkan cara memahami Al-Quran sebagai rawatan hati dan inspirasi perubahan, dengan kisah-kisah Nabi dan masyarakat jahiliah sebagai contoh.

Chapter 1

Tadabbur al-Quran dan Ketenangan Jiwa

Azim

Assalamualaikum semua, selamat datang ke episod baru Renung Diri. Aku Azim, dan hari ni kita nak sembang pasal satu topik yang, hmm, aku rasa sangat dekat dengan jiwa kita semua—tadabbur al-Quran dan macam mana ia boleh jadi penawar untuk hati yang tengah serabut, stres, atau anxiety. Kalau korang pernah dengar episod sebelum ni, kita dah bincang pasal ketenangan di tengah ujian, kan? Macam mana hubungan dengan Allah, doa, solat, zikir tu semua jadi kunci utama untuk tenangkan hati. Tapi hari ni, aku nak bawa korang selangkah lagi—bukan sekadar baca Quran, tapi faham, renung, dan hayati. Itu beza besar tau antara tadabbur dengan sekadar membaca.

Azim

Ramai orang, termasuk aku sendiri dulu, ingat bila kita baca Quran, automatik hati jadi tenang. Tapi, kadang-kadang, kita baca, baca, baca... tapi jiwa tetap rasa kosong, stres tak hilang. Kenapa? Sebab kita tak tadabbur, tak faham apa Allah nak sampaikan. Macam mak ayah bagi nasihat, tapi kalau kita tak faham bahasa dia, kita dengar je la, tapi tak masuk ke hati. Sama juga dengan Quran. Bila kita tadabbur, kita renung makna ayat-ayat tu, baru terasa macam Allah tengah bercakap direct dengan kita. Aku pernah jumpa seorang kawan, dia cerita minggu dia memang teruk—kerja bertimbun, masalah keluarga, semua datang serentak. Tapi satu malam tu, dia ambil masa duduk sorang-sorang, buka Quran, baca perlahan-lahan, cuba faham maksud ayat. Dia kata, tiba-tiba rasa tenang tu datang, macam ada beban yang terangkat. Aku pun pernah rasa benda yang sama.

Azim

Kadang-kadang, kita lupa, Quran ni bukan sekadar untuk khatam, tapi untuk rawat hati. Sebenarnya, dalam Quran sendiri Allah sebut, kitab ni diturunkan untuk kita faham, ambil iktibar, dan jadi penawar untuk penyakit hati. Jadi, kalau korang tengah struggle dengan stres, anxiety, atau apa-apa tekanan, cuba slow down, tadabbur ayat-ayat Quran, fikir baik-baik ayat tu. Bukan nak kata terus sembuh, tapi insyaAllah, hati tu akan rasa lebih lapang, lebih kuat nak hadap cabaran.

Azim

Aku tahu, ada yang tanya, boleh ke penyakit mental macam anxiety, depression, stress ni pulih dengan tadabbur Quran? Aku tak berani nak janji semua orang akan sembuh 100%, tapi dari pengalaman aku sendiri dan ramai lagi, tadabbur ni memang boleh bantu kurangkan tekanan. Even kau tak rasa terbeban sangat dengan ujian. Kadang-kadang, kita cari solusi kat luar, tapi Quran dah lama bagi jawapan. Cuma kita je yang tak perasan sebab hubungan kita dengan alquran tu renggang. Okay, aku dah mula melalut sikit, tapi point aku—tadabbur ni bukan benda magik, tapi ia proses yang perlahan, yang perlukan kesabaran dan keikhlasan. Cuba try, insyaAllah korang akan rasa beza dia.

Chapter 2

Surah al-Dhuha: Cahaya di Kala Kesedihan

Azim

Sekarang, aku nak bawa korang masuk ke satu surah yang sangat istimewa—Surah al-Dhuha. Kalau korang pernah rasa sedih, down, atau rasa macam Allah jauh, surah ni memang power. Masa pandemik dulu, ramai yang stres, tak boleh keluar, risau pasal kerja, keluarga, macam-macam. Ada yang kata, “Ustazah suruh baca Surah al-Dhuha, ramai je baca, stres tetap ada.” Sebenarnya, Surah al-Dhuha ni turun masa Nabi Muhammad SAW sendiri tengah sedih, resah, sebab wahyu terputus lama. Sampai ada yang perli Nabi, kata Allah dah tinggalkan dia. Tapi Allah turunkan surah ni, pujuk Nabi, dan bagi kekuatan. Ayat pertama, Allah sebut pasal waktu Dhuha—waktu pagi yang cerah, tenang, burung berkicauan, suasana nyaman. Allah bandingkan dengan malam yang gelap. Maksudnya, hidup ni ada masa cerah, ada masa gelap. Tapi, macam mana gelap pun malam, Dhuha tetap akan muncul. Begitu juga hidup kita—sehebat mana pun ujian, Allah janji, cahaya akan datang. Aku suka sangat analogi ni, sebab kadang-kadang kita rasa stuck dalam masalah, tapi sebenarnya, Allah tengah sediakan pagi yang baru untuk kita.

Azim

Ayat ketiga, Allah pujuk Nabi, “Tuhanmu tidak meninggalkan engkau dan tidak membencimu.” Fuh, ayat ni memang menusuk. Kadang-kadang, bila kita rasa down, kita fikir Allah dah tak sayang, dah tak peduli. Tapi sebenarnya, Allah sentiasa ada. Kalau kita nak kembali pada Allah, itu tanda Allah tak pernah tinggalkan kita. Kita sendiri pun, bila baca ayat ni, rasa macam Allah tengah peluk hati. Lepas tu, Allah ajar kita pasal visi hidup—“Kesudahan itu lebih baik bagimu daripada permulaan.” Maksudnya, apa yang Allah sediakan kat depan, lebih baik dari apa yang kita lalui sekarang. Jadi, jangan putus asa. Hidup ni bukan sekadar struggle hari ni, tapi ada destinasi yang lebih baik, insyaAllah. Maknanya apa yang kita lalui ni tak penting,sabar je. Sebab yang penting adalah destinasi akhir, tempat kita berhenti nanti.Kalau kat situ kita bahagia, Alhamdulillah. Kalau tak, faham-fahamlah.

Azim

Dalam surah ni juga, Allah ingatkan Nabi tentang sejarah hidup dia—yatim, susah, tapi Allah jaga, Allah bagi rezeki, Allah pelihara. Sama juga dengan kita, bila kita imbas balik hidup, mesti ada banyak nikmat yang Allah dah bagi. Kadang-kadang kita lupa, sebab terlalu fokus pada masalah. Last sekali, Allah ajar Nabi, dan kita semua, bila rasa stres atau sedih, buat kebaikan—santuni anak yatim, bantu orang susah, kongsi nikmat yang kita ada. Aku suka sangat point ni, sebab kadang-kadang bila kita down, kita asyik fikir pasal diri sendiri je. Tapi bila kita mula tolong orang lain, hati kita pun jadi lebih tenang. Praktikal sangat, kan? Jadi, kalau korang nak amalkan tadabbur Surah al-Dhuha dalam hidup sekarang ni, cuba faham makna ayat, relate dengan situasi sendiri, dan amalkan apa yang Allah ajar—positifkan mindset, buat kebaikan, dan sentiasa ingat Allah tak pernah tinggalkan kita.

Chapter 3

Dari Zaman Jahiliah ke Umat Terbaik: Transformasi dengan Al-Quran

Azim

Okay, sebelum kita habis, aku nak sentuh sikit pasal transformasi masyarakat zaman jahiliah. Kalau korang ingat, dalam episod pertama kita sembang pasal taat, taqwa, dan macam mana manusia boleh berubah bila ikut ajaran Allah. Zaman jahiliah dulu, memang teruk—semua jenis kejahatan ada. Tapi, Nabi Muhammad SAW datang, bawa satu je silibus—al-Quran. Takde universiti, takde diploma, tapi dalam masa 23 tahun dakwah berlangsung, masyarakat tu Nabi berjaya diubah 100% jadi umat terbaik. Rahsianya? Bukan sekadar baca Quran, tapi faham, tadabbur, dan amalkan dalam hidup mereka. Sahabat ni jadi golongan terbaik.Akhlak Nabi sendiri adalah akhlak al-Quran. Cuba tanya pula hari ni, kita didik anak, remaja, atau diri sendiri, kadang-kadang kita guna macam-macam cara, tapi lupa nak guna al-Quran sebagai panduan utama. Pernah jumpa satu remaja, dulu dia memang liar, suka memberontak. Tapi lepas dia mula faham makna surah-surah dalam Quran, especially bila dia tadabbur Surah al-Dhuha, perlahan-lahan dia berubah. Dia kata, “Baru aku faham, Allah tak pernah tinggalkan aku.” Dari situ, dia mula jaga solat, jaga akhlak, dan jadi inspirasi pada kawan-kawan dia. Aku rasa, pendekatan kreatif dalam mendidik dengan tadabbur ni sangat penting. Bukan sekadar suruh baca, tapi ajak faham, bincang, relate dengan hidup. Baru Quran tu hidup dalam jiwa kita.

Azim

Jadi, kesimpulannya, kalau kita nak jadi manusia yang selamat dan sejahtera, kunci dia adalah faham dan tadabbur al-Quran. Bukan sekadar baca, tapi hayati, amalkan, dan sebarkan kebaikan. InsyaAllah, hati kita akan jadi lebih kuat, lebih tenang, dan hidup pun lebih bermakna. Okay, aku rasa cukup dulu untuk episod kali ni. Jangan lupa, kita akan sambung lagi dalam episod akan datang, insyaAllah. Jaga diri, jaga hati, dan teruskan tadabbur. Assalamualaikum!